RPH Bahasa Melayu Tahun 6

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6 Arif

BAHAN BANTU MENGAJAR

BBM BM 6 ARIF  
REFLEKSI
Kekuatan
          Pengajaran saya hari ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang.Murid-murid aktif dalam  setiap aktiviti yang telah dijalankan.Permulaan pengajaran berjaya menarik minat murid kerana saya telah menggunakan teknik didik hibur  untuk memancing perasaan ingin tahu murid.Sesi  soaljawab juga berjalan lancar dan murid begitu seronok dalam aktiviti perbincangan berpasangan.Murid yang cerdik membantu murid yang lemah dalam mencari kata kerja dan berkongsi pengetahuan.Murid gembira bila mana saya gunakan pengajaran berbantukan komputer untuk memberi contoh kata kerja dan rangka ayat menerusi slaid power point.Saya menyuruh murid mengklik  sendiri contoh kata kerja dan rangka ayat melalui slaid power point.Murid berlumba-lumba untuk mencuba  mengklik  aktiviti tersebut dan membina ayat yang lengkap.Saya gembira dengan penyertaan aktif daripada muirid-murid.Melalui contoh rangka ayat yang saya beri kumpulan cerdas dan sederhana berupaya membina ayat gramatis dalam memindahkan maklumat dari gambar ke dalam ayat.Untuk kumpulan sasdar ini objektif saya tercapai.
Kelemahan
Namun begitu terdapat juga kelemahan dalam pengajaran saya.Murid yang cerdik seolah-olah memonopoli aktiviti bila mana peluang untuk membina ayat kurang diberi kepada pelajar lemah.Walaupun dalam aktiviti perbincangan mereka bekerjasama  tetapi bila tiba aktiviti individu mereka lebih bersikap menguasai aktiviti tersebut.Pelajar lemah pula seolah-olah kurang yakin untuk membina ayat.Mereka malu untuk membentangkan ayat yang dibina kerana beranggapan ayat mereka tidak betul.Kumpulan murid yang lemah juga tidak berupaya membina ayat dengan sempurna.Mereka menyalin terus rangka ayat yang saya beri tanpa menambah dengan frasa mereka sendiri.Ini menyebabkan ayat mereka tergantung dan tidak gramatis.
Cara mengatasi
       Bagi mengatasi masalah ini,saya akan pastikan pelajar mendapat peluang sama rata untuk mencuba sesuatu yang saya rancang dalam aktiviti pengajaran.Saya akan terus  memotivasikan murid yang  lemah supaya mereka lebih yakin dengan kemampuan  mereka.Setiap penyertaan mereka dalam aktiviti pembelajaran akan saya beri penghargaan walaupun mereka memberi jawapan kurang tepat.Pelajar yang cerdik pula akan saya pupuk sikap  menghargai rakan agar mereka sedar bahawa ilmu untuk dikongsi bersama.Semakin kerap ilmu itu dikongsikan semakin mantap ilmu itu di ingatan.Untuk membina ayat pula saya akan biasakan dahulu pelajar lemah membina ayat tunggal yang mudah tetapi mempunyai makna berdasarkan bahan grafik yang diberi.





SUKA BLOG INI ?