Friday 9 December 2011

Pengenalan
Blog ini saya bina untuk memenuhi kehendak pengajian  bagi Subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT 3013 ) yang sedang saya ikuti di UPSI.Membina Blog merupakan perkara yang sangat baru bagi saya.Awalnya memang  sukar  bagi saya membina blog ini kerana kekurangan maklumat . Pengetahuan saya tiada langsung dalam bidang ini.Namun saya berusaha mencari buku-buku dipasaran sebagai rujukan untuk memenuhi kriteria pembinaan blog  ini.Bimbingan daripada suami saya,encik Salleh b Sabang dan tutor subjek KRT encik Cyril Dason turut menyumbang kepada penciptaan blog ini dan amat saya hargai. Garis panduan yang diberi oleh pensyarah E-learning kumpulan saya Encik Norhisham b Mohamad Nordin melalui perbincangan kumpulan dalam Facebook  telah banyak memberi kefahaman kepada saya akan kehendak tugasan.Komen-komen beliau terhadap blog rakan-rakan, saya ambil sebagai satu pembelajaran untuk saya membuat penambahbaikan dalam blog saya.Saya sedar blog yang saya bina  ini,tidaklah sebaik blog rakan yang lain.,tetapi saya amat berpuas hati kerana ianya merupakan hasil usaha saya sendiri.
Blog yang saya bina ini berkaitan dengan bahasa.Mudah-mudahan apa yang saya paparkan dalam blog ini memberi manfaat dan boleh dikongsi bersama bagi pembangunan bahasa.Bersamalah kita memartabatkan bahasa.Bahasa jiwa bangsa kerana bahasa menunjukkan bangsa.

Sunday 18 September 2011

Catatan Pertama Sebagai Blogger

Hari ini saya mula membina blog sendiri hasil bimbingan tutor muda Cyril Dason. Sungguh seronok dan sangat teruja bersama rakan-rakan yang turut serta dalam kuliah pertama semester 2.

SUKA BLOG INI ?