Indahnya Bahasaku

Tajuk : Pantun Guru

A-B-C dan Alif-Ba-Ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat


Satu dua tiga dan empat
Lima enam tujuh dan lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan


Lima enam tujuh dan lapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak,Cikgu!


Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru berkat belajar

Kredit : http://nukilan2u.my/

Bahasa Berirama(Coral Speaking )
Sikap Orang-Orang Kita (Cabaran Buat Guru)
Assalamualaikum
Chao an
Vanakam
Salam satu Malaysia
Err….satu Malaysia
Tunggu…tunggu…tunggu
Apa itu satu Malaysia?
Satu Malaysia bermaksud
Cina,India,Melayu,Warga pribumi
Berpadu Satu
Rakyat Malaysia yang unik
Pelbagai agama,adat resam  dan budaya
Tapi H.A.R.M.O.N.I….harmoni!!
Emmm……slogan PM kita
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Opps…..pencapaian?
Pencapaian dalam bidang apa?
Akademik?
Sahsiah?
Atau e..ko..no..mi..?
Tapi….bagaimana??
Yang paling penting…..Kerjasama
Yang paling penting…..Muafakat
Haa…ahhhh
Kerjasama
Guru,ibu,bapa dan pelajar
Untuk pencapaian cemerlang
Anak-anak kita

Mari lihat sikap sesetengah
orang kita
Mahu anak berjaya??
Tapi…..peranan mereka apa?
Mulut mengomel anak
Suruh belajar
Belajar!belajar!belajar!
Belajar itu belajar ini
Tapi …..diri sendiri
Goyang kaki
Duduk menonton Tv
Macam mana anak nak bermotivasi
Jadilah mereka telinga kuali
Ilmu diberi payah difahami
Kita renung seketika
Berapa ramai ibubapa
Periksa buku anak setiap hari
Nak……ada kerja rumah????
Nak …..dah buat ulangkaji????
Alat tulis dan buku ada???
Berapa orang yang prihatin?
Bila pencapaian anak kurang baik
Alah….cikgu tak buat apa-apa
Tahu makan gaji buta sahaja
Ha..ha..berdensing telinga
Wah!...sedapnya mulut mengata
Peranan sendiri tidak diukur kira
Tahunya menunding jari sahaja
Tapi…Bila anak mereka berjaya
Amboi….senyum sampai ke telinga
Yezza…anakku memang hebat

Persoalannya
Sikap sesetengah orang kita
Suka ambil mudah
Ajak berbincang pencapaian anak
Ada saja alasannya
Cikgu…maaf ada kerja
Cikgu…susah nak minta cuti
Tapi kalau pasal bantuan
Tak kira panas atau hujan
Awal pagi sudah kelihatan
Tak sabar-sabar menunggu giliran
Tak apa…..tak apa…
Jika begitu kelakuan
Pastikan bantuan untuk keperluan
Anak ke sekolah lengkap semua
Bukan untuk habuan sendiri

Pencapaian cemerlang jadi impian
Tapi sikap orang-orang kita!
Ambil ringan
Kesihatan dan kebersihan anak Tidak diendahkan
Uwekk…uwek…Busuknya baju….
Kaki hapak berbau
Tidak selesa belajar jika begitu
Macam mana hendak berjaya?
Jika begitu keadaannya?
Sedihnya …….Ada sikap
dikalangan orang kita
Membiarkan sahaja anak-anak
Aduhhh…..uwaa..uwaaa
Meledak tangisan pelajar
Eeee…kudis buta…
Alahai…panasnya badan
DEMAM….mengapa ke sekolah?
Dah ke klinik?
Pelajar geleng kepala dengan mata berkaca
Itu semua tanggungjawab siapa?
Kasihan guru…bertukar kerjaya
Daripada cikgu menjadi
 Jururawat sementara
Nak kata apa???
Rawat saja agar murid
Dapat belajar dengan selesa

Lain pula cerita sesetengah pelajar
Datang ke sekolah
 sekadar suka-suka
Tiada matlamat dan cita-cita
Guru mengajar murid asyik bercerita
Cikgu tanya geleng kepala
Buat latihan tak tahu apa-apa
Buat kerja rumah pandai pula jawapanya betul belaka
Siapa buat??
Ah senang saja
Ibu dan ayah kan ada?
Jawab pelajar penuh bangga
Hakikatnya yang rugi siapa??
Bolehkah cemerlang jika begitu caranya??
Tiba..tiba…
Aghrrr…uowhh….
Apa terjadi???
Pelajar bergaduh sesama sendiri
Masing-masing mendabik dada
Kononnya akulah wira
Cikgu tegur
Mereka buat selamba
Kalau dihukum nanti lain cerita
Silap-silap masuk berita
Heboh satu Malaysia
Akibatnya disiplin pelajar
Semakin mengila

Ayuh…guru Malaysia
Ganding bahu gembleng tenaga
Didik modal insan
Minda kelas pertama
Pupukkan jati diri
susila berharga
Kerana mereka
 Waris negara bangsa



Hasil Tulisan
Pn Halimah bt Kalok
Persembahan Akhir
Pelajar Tahun 6 2011

SUKA BLOG INI ?