RPH Bahasa Melayu Tahun 5

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Rph 5


REFLEKSI

Kekuatan
       P&P hari ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang.Secara  keseluruhannya murid-murid berjaya mengecam ayat yang mengandungi mesej.Murid seronok dalam aktiviti perbincangan kerana masing-masing boleh mengeluarkan pendapat dan idea untuk mengaitkan ayat yang mengandungi mesej dan nilai yang sesuai.Masing-masing teruja untuk menyesuaikan idea dengan mesej tersebut.Begitu juga dalam aktiviti bertulis ,82% ( 19 orang )daripada mereka mampu melengkapkan ulasan satu perenggan dengan penanda wacana yang diberikan.Saya gembira objektif yang saya sasarkan dapat dicapai.

Kelemahan
       Terdapat juga kelemahan dalam pengajaran saya hari ini.Dalam aktiviti perbincangan 18% (4 orang) murid tidak dapat mengaitkan ayat yang mengandungi mesej dengan nilai.Nilai yang mereka beri tidak tepat dengan mesej tersebut.Mereka juga gagal melengkapkan latihan ulasan dalam satu perenggan dengan sempurna.Perkaitan isi yang mereka buat dalam latihan itu jauh lari daripada kehendak soalan.

Cara mengatasi Kelemahan
            Bagi mengatasi kelemahan itu saya telah memberi bimbingan individu kepada mereka secara berterusan.Mereka juga diberi latihan berbeza .Saya beri latih tubi mengenal kata kunci bagi sesuatu ayat kepada mereka agar mereka boleh mengaitkan mesej dengan nilai murni.Contohnya jika kata kuncinya ‘mohon maaf” nilai yang patut ada ialah insaf atau sedar akan kesilapan.Saya yakin jika aktiviti ini konsisten dilaksanakan.Kelemahan yang wujud dalam P&P ini akan dapat diatasi.

No comments:

Post a Comment

SUKA BLOG INI ?