RPH Bahasa Melayu Tahun 4

RPH BM TAHUN 4

Refleksi  RPH Bahasa Melayu Tahun 4
Kekuatan
             Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan lancar seperti yang dirancang.Saya berjaya mencungkil pengetahuan sedia ada dan perasaan ingin tahu murid melalui set induksi yang saya jalankan menggunakan kad imbasan.Murid semakin teruja bila saya menggunakan pengajaran berbantukan komputer.Saya tayangkan klip video tentang komet menerusi pancaran LCD di layar putih.Ini meningkatkan lagi motivasi murid untuk mengetahui perkembangan  isi pengajaran saya pada hari tersebut.Saya meneruskan pengajaran saya mengikut perancangan yang telah dibuat.Murid aktif dalam sesi perbincangan sama ada perbincangan secara kelas atau rakan sebaya.Setiap urutan aktiviti yang telah saya rancang dapat diikuti oleh murid dengan lancar dan penggunaan sumber pengajaran juga saya gunakan semaksimumnya.Penggabungan media pengajaran tradisional dan moden menghasilkan impak yang baik dari segi pencapaian objektifnya.Saya gunakan papan tulis,buku teks dan slide power point untuk menyempurnakan pengajaran saya.Secara keseluruhan P&P yang saya jalankan hari ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
Kelemahan
            Disamping kekuatan yang dinyatakan tadi,terdapat jua kelemahan dalam pengajaran saya.Sewaktu  sesi perbincangan rakan sebaya saya telah mengarahkan murid sendiri untuk memilih  pasangan untuk berbincang.Jadi kebanyakan kumpulan memilih pasangan dari kumpulan yang sama tahap kecerdasannya.Kumpulan cerdas lebih suka memilih rakan dari kumpulan cerdas dan sederhana manakala kumpulan lemah pula berpasangan dengan ahli dari kumpulan yang sama.Akibatnya kumpulan lemah tidak mampu untuk berbincang bagi mencari isi-isi penting dari petikan yang dibaca.
Cara mengatasi
            Dalam P&P yang akan datang saya akan  mengatasi kelemahan yang wujud dalam P&P hari ini dengan menetapkan pasangan murid mengikut ketetapan saya.Saya akan letakkan mereka ke dalam pasangan berbeza tahap kecerdasan.Murid cerdas akan berpasangan dengan murid  lemah atau sederhana.Murid yang cerdas akan saya lantik menjadi mentor kepada murid yang lemah atau sederhana (menti ).Mentor setiap pasangan diberi tanggungjawab membimbing rakan hingga dapat menguasai isi pengajaran.Dengan itu murid yang lemah akan dapat terlibat aktif dengan bimbingan rakan sebaya ketika P&P berlangsung.

2 comments:

SUKA BLOG INI ?